Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang
‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam,
contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat
segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua
keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan.
Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat
kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk
mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan
positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru
di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan
kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa.
Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi
orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah
yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
adalah :
1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini,
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak
dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa
mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap
anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan
walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini
kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah
tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula
bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah
dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah
SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)
Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap
memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN
dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara
yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka
tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah
pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang
tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama
dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi
walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam
hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak
akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan
semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini
adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN
kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat
keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan
diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula
pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap
ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana
mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu
membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang
terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama
mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling
penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam
kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih
sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar
kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah
memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali
ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian
anda semula.
Masa Kecil
Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di
radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang
Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
Justeru itu, atas dasar keprihatinan dan kasih sayang terhadap anak-anak,
pihak kami Excel Qhalif berbesar hati untuk menjemput para
ibubapa ke Kelas PERCUMA Excel Qhalif Playgroup
yang berkonsepkan islamik bagi mengeratkan lagi hubungan anda sekeluarga.
Anak-anak akan berpeluang bermain dan belajar bersama-sama rakan yang lain
dengan kehadiran ibubapa mereka sendiri. Rebutlah peluang ini sementara
mereka masih kecil, kerana masa kecil mereka takkan berulang buat kali kedua…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar